
PUTRAJAYA: Semua pihak dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya membuat tuduhan bahawa seseorang muslim itu menjadi kafir kerana dakwaan seumpama itu amat berat dan tidak wajar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar.
Beliau berkata, sikap suka kafir-mengkafir sesama muslim bertentangan dengan prinsip akidah Ahli Sunnah Waljamaah.
Walaupun Na’im tidak memberi contoh, namun berlegar di media sosial berhubung rakaman video seorang wanita warga emas yang mendakwa “kalau dalam Umno kafir sampai kiamat”.