‘Parti miskin jiwa besar,’ calon PSM terharu penyokong bantu tanpa harap balasan

‘Parti miskin jiwa besar,’ calon PSM terharu penyokong bantu tanpa harap balasan

S Arutchelvan membawa harapan Parti Sosialis Malaysia di DUN Kajang, berdepan PH dan PN.

KAJANG:
Kempen Parti Sosialis Malaysia tidak semewah parti-parti lain, namun calonnya di DUN Kajang, S Arutchelvan berbangga dengan para penyokong yang ikhlas membantu tanpa mengharapkan balasan.

Arutchelvan yang lebih mesra dipanggil Arul mungkin tidak menonjol berbanding ahli-ahli politik lain, namun namanya dikenali dalam kalangan aktivis masyarakat dan hak asasi manusia.

Sepanjang bergiat dalam dunia aktivisme, beliau meraih kawan-kawan baharu dan mereka ini lah yang sanggup menggunakan wang sendiri untuk membantu kempennya menuju PRN 12 Ogos. Persiapan seperti memasang poster dan sepanduk atau menjahit bendera diusahakan oleh sukarelawan yang dibantunya sebelum ini.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.