Anwar tak hirau kritikan, fokus tarik pelabur ke Kedah

Anwar tak hirau kritikan, fokus tarik pelabur ke Kedah

Anwar Ibrahim berkata tindakan segera perlu diambil untuk meningkatkan taraf hidup penduduk Kedah.

JITRA:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak menghiraukan kritikan terhadapnya oleh Menteri Besar Kedah Sanusi Nor kerana mahu memfokuskan pelan pembangunan ekonomi di negeri itu.

Kata Anwar, Kedah antara negeri paling miskin di negara ini dan satu langkah segera perlu diambil untuk meningkatkan taraf hidup penduduknya seperti menarik kedatangan pelabur.

“Saya bawa pelaburan ke Kulim… Mereka (pelabur) datang dan berunding dengan saya dah 13 bulan sekarang, bukan dengan kamu (Sanusi),” katanya dalam satu ceramah di Kulim.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.