
PETALING JAYA: Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berjanji kepada orang bukan Melayu, khasnya di Pulau Pinang, parti Islam itu tidak akan meminggirkan mereka jika menang PRN 12 Ogos ini.
“Orang bukan Melayu jangan takut. Jangan risau, Islam menggalakkan keadilan dan kesaksamaan. Orang Melayu adalah orang yang hebat.
“Di Kelantan (dan) Terengganu, orang Cina dan India semuanya hidup dengan gembira di kampung Melayu,” katanya menurut China Press dalam ceramah Perikatan Nasional di Pulau Pinang malam tadi.