
PETALING JAYA: Calon Perikatan Nasional (PN) di Taman Medan, Afif Bahardin menafikan dakwaan seorang pemimpin Bersatu bahawa majoriti daripada 31 calon parti itu yang bertanding pada PRN Selangor adalah dari “kem Azmin Ali”.
Afif yang juga dari Bersatu berkata semua calon yang bertanding atas tiket PN melalui proses tapisan ketat dan dipersetujui pucuk pimpinan peringkat pusat.
“Kami semua mewakili PN, bukan mewakili mana-mana kem,” kata bekas Adun Seberang Jaya itu pada sidang media.