
PETALING JAYA: Calon BN Jeram Padang tetap turun bertemu rakyat walaupun berkerusi roda selepas patah kaki akibat kemalangan, baru-baru ini.
“Hari ini juga saya sudah pergi ziarah kematian seorang penduduk dalam kawasan (Jeram Padang) dengan menggunakan kerusi roda.
“Isteri dan rakan-rakan bantu menolak saya, kalau sebelum ini saya boleh berjalan kaki sendiri tetapi dalam keadaan macam ini saya perlu buat keputusan supaya dapat berjumpa seramai yang mungkin walaupun berkerusi roda,” katanya menurut Utusan Malaysia.