
BUTTERWORTH: Skim perumahan sewa khas bagi orang bujang dan bantuan tunai tahunan RM600 untuk pemandu e-panggilan sebahagian daripada manifesto 50 perkara ditawarkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi PRN Pulau Pinang.
Gabungan perpaduan itu berjanji akan memperuntukkan RM1 bilion untuk menambah baik bekalan air di seluruh negeri dan komputer riba percuma kepada pelajar universiti awam B40.
Ia turut menjanjikan bayaran “one-off” RM500 kepada pasangan pengantin baharu, “yuran kesihatan perubatan” untuk warga asing yang akan digunakan untuk program pembangunan sosial.