
PETALING JAYA: Wanita disyaki mempunyai kaitan dengan penularan video mengait dan mengheret Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bagi tujuan kepartian, diambil keterangan petang ini, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain.
Menurut Utusan Malaysia, Razarudin berkata keterangan wanita berusia 46 tahun itu diambil di Balai Polis Cyberjaya mulai 2.30 petang untuk siasatan laporan dibuat di Jalan Tun Razak berhubung penularan rakaman video berkenaan.
Pejabat Sultan Perak membuat laporan polis berkenaan video yang mengolah kenyataan Sultan Nazrin Shah, yang dipercayai untuk mempengaruhi pengundi agar menyokong PAS pada PRN enam negeri.