Sanusi calon tunggal MB, kata PAS Kedah

Sanusi calon tunggal MB, kata PAS Kedah

Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahaya berkata tiada nama calon kedua akan diketengahkan jika PN menang di negeri itu.

JERAI:
Sanusi Nor menjadi calon tunggal untuk diangkat sebagai menteri besar sekiranya Perikatan Nasional (PN) menang PRN Kedah 12 Ogos.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Yahaya berkata, nama Sanusi satu-satunya akan diangkat kepada pimpinan pusat dan tiada calon kedua akan diketengahkan.

“Setakat ini dia (Sanusi) adalah calon utama tidak ada calon kedua untuk PAS Kedah. Dari sudut politik kita tegaskan itulah satu-satunya calon kita,” katanya kepada media selepas menghadiri ceramah di Gurun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.