
PETALING JAYA: Seorang pemerhati politik berpendapat Nik Abduh Nik Aziz harus segera mengatur hala tujunya termasuk mempertimbangkan menyertai Umno atau PKR selepas dua kali “terlepas” menjadi calon pilihan raya mewakili PAS.
Sayuti Omar berkata bintang anak bekas menteri besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat itu dilihat semakin pudar dalam PAS apabila tidak bertanding pada PRU15 dan terbaru PRN Kelantan, walaupun beliau dikatakan telah menolak kerusi tertentu ditawarkan kepadanya.
“Jika Nik Abduh tidak berbuat sesuatu dia akan terus terpinggir dari orbit politik, jawatan atau kedudukan sebagai wakil rakyat penting kepada orang politik…tanpanya sukar untuk Nik Abduh meneruskan legasi ayahnya (Nik Aziz) kerana beliau adalah pemain utama dari keluarganya,” katanya kepada FMT.