Menang 3 DUN untuk kembalikan ‘maruah’ Permatang Pauh

Menang 3 DUN untuk kembalikan ‘maruah’ Permatang Pauh

Calon DUN Seberang Jaya, Johari Kassim berkata PH perlu merampas semula kerusi tradisi keluarga Anwar Ibrahim itu.

SEBERANG JAYA:
Calon Pakatan Harapan (PH) untuk DUN Seberang Jaya, Johari Kassim berkata, PH perlu menang tiga kerusi DUN di parlimen Permatang Pauh bagi mengembalikan semula maruah kawasan itu yang sebelum ini kubu kuat PKR.

“Sekiranya kita menang 3-0, kita boleh rampas kembali Permatang Pauh pada PRU16,” kata Johari dalam ceramah di Taman Siakap.

Permatang Pauh mempunyai tiga DUN iaitu Penanti, Permatang Pasir dan Seberang Jaya dianggap sebagai kerusi tradisi keluarga Anwar Ibrahim. Tetapi pada PRU15 Nurul Izzah gagal mempertahan kerusi itu selepas tewas pada calon PAS Fawwaz Jan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.