Calon bebas Paroi nafi jadi proksi bekas penyandang

Calon bebas Paroi nafi jadi proksi bekas penyandang

Muhammad Syakir Fitri Sadri menolak dakwaan menjadi proksi memecahkan undi kepada Mohamad Taufek Abdul Ghani yang tidak tercalon semula.

PETALING JAYA:
Calon bebas Paroi, Muhammad Syakir Fitri Sadri nafi menjadi proksi bekas penyandang kerusi itu, Mohamad Taufek Abdul Ghani yang tidak tercalon semula bagi memecahkan undi.

Dakwaan itu timbul kerana Syakir pernah bertugas di bawah Taufek, selain menafikan dakwaan terlibat salah guna projek kerajaan negeri ketika berkhidmat dengan exco pembangunan belia dan sukan Negeri Sembilan itu.

“Pembabitan saya ini tidak kena-mengena dengan mana-mana pihak atau pun individu. Ada yang fikir saya dihantar sebagai proksi bertujuan untuk memecah undi,” katanya menurut Harian Metro ketika ditemui di Senawang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.