
SHAH ALAM: Pakatan Harapan Selangor mengumumkan manifesto pilihan raya menumpukan kepada orang muda, termasuk pembinaan pelabuhan ketiga di Pulau Carey, perkhidmatan rel baharu, peluang kerja, dan tuisyen percuma.
Pengerusinya, Amirudin Shari, berkata jajaran rel baharu akan dibina di Klang ke Kuala Selangor, Tanjong Karang, dan Sabak Bernam jika gabungan itu kembali berkuasa.
Amirudin berkata, jajaran rel menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)ke Tanjong Sepat dan Sungai Pelek, sekali gus menjadikan wilayah pantai barat Selangor menjadi koridor perkhidmatan rel.