
SEREMBAN: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mencabar Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman berdebat selepas tawaran sama dibuat kepada Pengerusi PN Selangor, Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Sanusi Nor.
Rafizi berkata, pihaknya akan mengutus surat jemputan kepada Syahir dan berharap cabaran terbaru itu disahut.
“Kalau betul kamu anak jantan…datang ke pentas berdebat dengan saya. Tunjuk anak muda dalam PAS dan PN lebih ‘jantan’ daripada senior kamu yang ada macam Azmin (Ali) dan Sanusi (Nor),” katanya ketika berucap dalam jelajah Madani DUN Sikamat.