Proklamasi Melayu pecat ketua sekretariat NS kerana tanding bebas

Proklamasi Melayu pecat ketua sekretariat NS kerana tanding bebas

Kumpulan itu kecewa dengan tindakan Hafiz Baharuddin yang mencabar calon Perikatan Nasional.

Khairuddin Abu Hassan berkata, beliau meletak jawatan juga kerana telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir.
PETALING JAYA:
Sekretariat Proklamasi Melayu memecat ketua peringkat Negeri Sembilan Hafiz Baharuddin yang bertanding di DUN Sikamat sebagai calon bebas.

“Kami memandang serius pendirian beliau untuk bertanding sebagai calon bebas dan menentang calon Perikatan Nasional (PN),” kata pengerusi sekretariat itu Khairuddin Abu Hassan.

Katanya, kumpulan itu kecewa dengan tindakan Hafiz yang tidak mematuhi arahan pengasas Proklamasi Melayu Dr Mahathir Mohamad supaya menyokong calon PN dalam PRN itu.

“Pendirian kami amat tegas dan walaupun pemimpin kami gagal untuk mendapatkan sebarang kerusi di bawah PN namun mempunyai satu matlamat penting bersama PN untuk kalahkan semua calon PH yang bertanding di pilihan raya di enam negeri kali ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Khairuddin juga mengumumkan bahawa Jani Ismail kini dilantik sebagai ketua sekretariat Negeri Sembilan yang baharu berkuatkuasa serta merta.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.