
PETALING JAYA: Adik kepada bekas mursyidul am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa Mohd Amar Nik Abdullah adalah punca kepada Nik Mohamad Abduh tidak dicalonkan pada PRN di Kelantan.
Nik Din Nik Mat berkata nama bekas Ahli Parlimen Bachok itu pada awalnya disenaraikan sebagai calon malah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sendiri turut menghantar surat meminta nama Nik Mohamad Abduh dipilih.
Bagaimanapun, Nik Din dalam satu video yang tular mendakwa nama anak Allahyarham Nik Abdul Aziz itu akhirnya digugurkan selepas ditolak oleh timbalan menteri besar Kelantan.