Bersatu Kedah ingatkan ahli terima calon Kota Siputeh

Bersatu Kedah ingatkan ahli terima calon Kota Siputeh

Ketua Bersatu Kedah Mohd Suhaimi Abdullah yakin rasa tidak puas hati akan reda selepas proses penamaan selesai seterusnya memenangkan calon PN.

ALOR SETAR:
Bersatu Kedah mengingatkan akar umbi menerima dengan hati terbuka calon dipilih pimpinan termasuk Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir di DUN Kota Siputeh.

Ketuanya Mohd Suhaimi Abdullah yakin rasa tidak puas hati itu akan reda selepas proses penamaan selesai seterusnya memenangkan calon Perikatan Nasional.

“Soal calon keputusan pimpinan. Mereka ada perkiraan sendiri dan matlamat utama kita memenangkan calon,” katanya mengulas sebahagian ahli Bersatu Jerlun mengugut menutup bilik gerakan jika parti kekal mencalonkan Ashraf.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.