
Pelakon dan penyanyi, Selena Gomez menyampaikan hasratnya untuk melibatkan diri dalam industri hiburan Bollywood pula.
Selena berkata dia amat menghormati dan meminati karya muzik komposer pemenang anugerah Oscar pada 2009 untuk lagu filem Slumdog Millionaire karya Danny Boyle iaitu AR Rahman.
“Beliau adalah figura muzik antarabangsa yang sangat berbakat dan saya menantikan peluang untuk menyanyi lagu gubahan beliau,” katanya petik Aceshowbiz .

Bekas kekasih Justin Bieber itu akui amat menyukai karya beliau termasuk lagu Bollywood.
“Saya akan berbesar hati jika dapat peluang menyanyi dan menjadi sebahagian dari komposisinya. Penyanyi-penyanyi disitu (Bollywood) mempunyai kemampuan yang luar biasa dalam muzik,” kata Gomez lagi.
Album terakhir Selena Gomez, Revival dikeluarkan pada 2015 dan buat masa ini, artis muda ini sibuk mempromosi film animasi Hotel Transylvania 3: Summer Vacation di mana dia menyumbangkan suara untuk watak Mavis.