
Akhir-akhir ini mungkin ramai yang menonton dan terjebak dengan video #InMyFeelingChallenge atau #kekechallenge iaitu cabaran ‘keke’ di dalam laman sosial.
Cabaran ini memerlukan individu keluar dari kereta bergerak dan melakukan aksi tarian Shiggy, tarian bagi lagu In My Feeling oleh penyanyi, Drake.
Di Malaysia, aksi cabaran keke semakin menjadi popular khususnya dalam kalangan artis apabila lebih ramai yang tampil “lompat dari kereta” dan menari di tengah-tengah jalan sambil dirakam oleh pemandu atau seseorang dalam kenderaan bergerak itu.
Antara artis tersebut ialah Fatin Afeefa, Siti Sarah, Haiza Hanafi, Izzue Islam, Arfann Harris, Bella Dally, Johan Era, Betty Rahmad dan ramai lagi.

Selebriti seperti Haiza Hanafi misalnya mencabar pengguna untuk melakukan cabaran itu bagi lagu tempatan dan bukan lagi nyanyian Drake seperti yang dilakukan umum.
Bagaimanapun ada pihak yang tidak selesa apabila cabaran ini menyebabkan ramai yang tidak menjaga moral, meletakkan diri dalam bahaya dan hilang rasa malu.
Pelakon Faezah Elai misalnya berkongsi rasa tidak senang dalam laman sosial Facebooknya berkata, cabaran ini seolah meletakkan seseorang dalam keadaan berbahaya.

Katanya, dia terpaksa lebih berwaspada di jalan raya kerana risau terlanggar mana-mana individu yang menyahut cabaran keke.
“Sekarang kalau aku drive kena lebih berhati-hati terutama kalau tiba-tiba kereta perlahan.
“Takut tiba-tiba ada orang keluar menari Keke.
“Nanti kalau aku laju takut tak sempat brake, jenuh kena langgar, baru betul kikiki padan muka,” tulis Faezah menerusi akaun Facebook dan Instagramnya
Bukan itu sahaja, Pencetus Ummah, Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim tampil menegur individu yang membuat #kekechallenge di media sosial sebagai lebih pentingkan populariti dari agama.
Manakala pendakwah terkenal, Da’i Wan Dazrin menerusi satu rakaman video juga berkata tarian #kekechallengemenjurus ke faktor yang negatif kerana golongan wanita dilihat membuat tarian dan memuat naik di media sosial untuk tatapan umum.
Tidak ketinggalan komen-komen dari para netizen yang bukan sahaja menganggap ia bertentangan dengan agama Islam dan berbahaya malah ramai yang akui perbuatan tersebut sangat menjengkelkan.Tarian #kekechallenge dimulakan dan diviralkan oleh lelaki bernama Shiggy menerusi Twitternya, @theshiggster, Shiggy apabila dilakukan di tepi jalan.
Ekoran itu ramai yang mula mengikutnya sekaligus melonjakkan lagu tersebut kepada kedudukan teratas di dalam carta billboard.
Menarik lagi, Shiggy juga menerima habuan sebanyak USD250k daripada penyanyi rap Kanada itu.
https://www.youtube.com/watch?v=JB8CSavRYzw
Kredit: Jebart Media