
Menjelang musim durian, gerai-gerai menjual raja buah ini boleh dilihat hampir di mana-mana sahaja. Ada juga mereka yang bukan dalam bisnes ini pun mencuba nasib menjual raja buah ini, kerana terlalu banyak.
Pergi ke gerai dengan hasrat beli sebiji 2, akhirnya termakan pujukan penjual sampai beli lebih, belilah untuk jiran-jiran sekali memandangkan harga pun murah. Ramai juga menggunakan peluang ini untuk hasilkan dan jual makanan berasaskan durian yang pernah suram suatu ketika, antaranya termasuk durian crepe, bubur durian, cekodok durian, tempoyak, kek dan malah ais krim durian.
Bagaimanapun perkongsian seorang netizen yang mengakui dirinya sebagai bekas penjual durian mendedahkan taktik kotor penjual mungkin boleh merosakkan mood anda untuk memakan buah tersebut.
Status yang dimuatnaik pada tahun lepas kembali viral, dipercayai sebagai amaran kepada pembeli ekoran musim durian pada masa kini.

FMT Ohsem memetik perkongsian dalam Facebook Meslan Tarseelim yang mengkredit Sadiah Mohamed sebagai panduan ketika membeli bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini seperti yang dinyatakan oleh penulis.
“Hello pecinta buah durian. Saya penjual durian untuk lebih 30 tahun sejak 1960an. Saya akan mendedahkan beberapa taktik kotor penjual dan kualiti durian. Tahun ini (2017) durian agak mahal dan saya harap pembaca akan buat keputusan selepas membacanya,” petik perkongsian itu.
- Jangan beli durian dari pak pembungkus paparan kerana penjual akan mengumpul buah semalaman atau daripada buah yang rosak ke dalam pek pembungkusan dan dijual pada harga tetap. Durian semalaman mudah rosak. Jika durian rasa masam tolong berhenti makan dan buang pek tersebut.
- Elak makan durian berkod seperti Mao Shan Wang / D24 / udang merah & lain-lain kerana pekebun mungkin menyembur bahan kimia toksik di akar pokok atau kulit kayu dan buah untuk menghalang diganggu pemangsa seperti haiwan dan serangga. Itu sebabnya sesetengah durian tidak dihinggapi lalat atau semut.
- Saya kehilangan 2 kawan baik (mati akibat kanser kerongkong) akibat makan durian berjenama selama beberapa tahun. Saya ada memberi amaran kepada mereka. Anda boleh merasakan sensasi panas di kerongkong semasa tidur dan ia menandakan kimia toksik sedang berfungsi. Ia boleh dipastikan apabila tidak semut yang mengelilingi buah durian walaupun ia manis.
- Jangan beli durian yang sudah dibelah terlebih dahulu. Ini kerana ia mungkin durian yang jatuh dari pokok, di serang haiwan berbisa, maka tidak selamat. Pastikan ia dibelah di hadapan mata anda. Mereka mungkin cuba membuat helah seperti menggunakan sarung tangan atau kain untuk menutup durian dan berpura-pura membukanya, sedangkan buah durian sudah dibuka terlebih dahulu. Maka periksa semua durian yang dibeli sebelum membayar.
- Elak makan kek / puding / pencuci mulut yang diperbuat daripada durian kerana pembuat akan membeli isi atau buah durian kualiti yang paling murah.
Apapun, ramai juga yang mengecam posting tersebut sebagai tidak masuk akal dan seolah buah itu langsung tidak boleh di makan.
Namun, individu yang berkongsi status tersebut akui beliau hanya memberi kesedaran kepada pembeli dan keputusan membeli atau tidak bergantung kepada pengguna.
Apa pula pendapat anda?