
Nampaknya, selepas berjaya mengalahkan Crotia pasukan Perancis dalam mood sambutan.
Pemain bola sepak yang paling utama dan penting pasukan bola sepak Perancis, Paul Pogba dalam keseronokan menyambut kemenangan Piala Dunia 2018 terlepas menyanyikan lagu khusus penyokong bola sepak England, “It’s coming home”.
Bagaimanapun dalam klip video yang direkod secara langsung untuk Instastory itu, Pogba segera meminta maaf menyatakan dia hanya bergurau.
Sama ada dia benar-benar terlepas atau sengaja menyindir pasukan England yang terpaksa berserah kepada tempat ke-4 selepas kalah kepada Belgium kini didebatkan oleh netizen antarabangsa termasuk media massa.
Semalam, Perancis menjuarai Piala Dunia selepas genap 20 tahun yang lalu memegang piala itu iaitu 1998.
Selain pemain dan krew, rakyat Perancis juga menyambut kemenangan itu secara besar-besaran sebagai satu pesta.
Pemain pula tidak ketinggalan bertubi-tubi berkongsi setiap detik sambutan dan kemenangan mereka di laman sosial.
https://www.youtube.com/watch?v=DKD417fh5CU