Artis bergaduh di parkir, benar atau gimik dangdut?

Artis bergaduh di parkir, benar atau gimik dangdut?

Sheeda kelihatan mengekori dari belakang sambil menepuk-nepuk bahu Ifa untuk menunjukkan ketidak puasan terhadap sesuatu isu.

 

Satu rakaman video viral di laman sosial selepas ia dikatakan membabitkan pergaduhan di antara penyanyi dangdut iaitu Ifa Raziah dan Sheeda di sebuah ruang parkir, mungkin di pusat beli-belah.

Dalam klip video berdurasi 43 saat itu, kelihatan Sheeda atau nama sebenar Sayyida Beevi mengekori Ifa dari belakang sebelum beberapa menepuk bahu Ifa mengeluarkan kata-kata seolah tidak berpuas hati.

“Bersemuka tak berani pulak,perempuan plastik..suka buat hal..kena bg pengajaran supaya dia insaf.. Pandai pulak ko lari dan buat2 tak nampak, belakang aku.. semua orang ko canang cerita memburuk2kan aku.. Sekarang biar semua orang tahu kau penakut!!!!! Penipu!!!! Ini jawapannya ..,” tulis penyanyi album Angkat Kaki, Sheeda dalam muat naik status di laman Instagram @sheedadangdutofficial miliknya.

Free Malaysia Today

Sheeda kelihatan seperti tidak berpuas hati dengan Ifa yang terkenal dengan gelaran ‘Diva Dangdut Malaysia’ kerana mendedahkan sesuatu mengenainya di rancangan televisyen ‘Melodi’.

Justeru dia meminta Ifa untuk bersemuka dengannya, bagaimanapun Ifa pula seperti tidak mahu melayan panggilan Sheeda yang akhirnya berakhir dengan masing-masing menjerit berkata “bodoh” sesama mereka.

Kedengaran suara seorang wanita yang memesan Sheeda supaya mengawal diri kerana diawasi orang awam namun dalam masa sama turut merekod seluruh insiden.

Ia membuatkan netizen kurang percaya dengan “babak” bergaduh dan menyifatkan ia sebagai gimik.

“Gimik ke ni….bukan ke si ifa ni skrg tgh hot bergaduh ngan roslan shah…ke gimik untuk produk dia laris ni,” tulis seorang pengguna yang menggunakan nama elfarina 1071.

Bagaimanapun ada laporan berita yang menyatakan Ifa sudah membuat laporan polis di sebuah balai di ibu kota kerana disentuh Sheeda dalam insiden terbaru.

Benar atau sekadar gimik, kita akan tahu juga!

https://www.instagram.com/p/BlDYTijFaEh/?hl=en&taken-by=sheedadangdutofficial

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.