
Susu lipas?
Kalau susu lembu itu biasa, susu kambing, susu unta pun sudah biasa, apa itu susu lipas dan benarkah lipas menghasilkan susu?
Rupanya sebuah syarikat di Cape Town, Afrika Selatan menemui lipas yang menghasilkan susu dan menjualnya kepada awam sebagai makanan superfood yang kaya dengan protein.
Menurut syarikat tersebut, Gourment Grubb, susu khas yang dibuat daripada serangga ternak, lipas dikenali sebagai “Entomilk” mempunyai kandungan protein tinggi dan kaya dengan mineral seperti besi, zink dan kalsium.
Sudah 2 tahun susu lipas daripada spesies Diploptera Punctate jenis vivipariti itu berada di pasaran.
Menariknya mengenai lipas ini, ia satu-satunya lipas didapati bermandiri melalui kelairan dan bukan bertelur.
Ia juga menyusu anak-anaknya dan dari situ saintis mendapati kewujudan susu daripada lipas tersebut. Namun saintis masih mencari anatomi yang membabitkan seluruh proses tersebut berlaku.
Lipas yang lazimnya dikesan di pulau-pulau Pasifik seperti Hawaii juga didapati mengandungi 3 kali tenaga jisim susu lembu sama.
Adakah anda bersedia untuk minum susu lipas? Jangan pula cuba-cuba cari susu daripada lipas yang berkeliaran di rumah kita, spesis itu jauh berbeza.