Berbuka puasa dengan 7 ‘superfood’

Berbuka puasa dengan 7 ‘superfood’

Pilihan makanan yang kurang berkhasiat ketika sahur dan di saat berbuka boleh memberi kesan kepada proses sepanjang berpuasa.

Berpuasa bukan perkara yang mudah, apatah lagi bagi mereka yang terpaksa bekerja dengan beban tugas yang pelbagai dan banyak.

Pilihan makanan yang kurang berkhasiat ketika sahur dan di saat berbuka boleh memberi kesan kepada proses sepanjang hari.

Bagaimanapun, kita tetap perlu menunaikan tanggungjawab itu. Bagi mengelak tubuh merasa lemah dan letih sepanjang hari, ada beberapa makanan “superfood” yang sesuai untuk anda.

1. Kurma

Kurma juga makanan sunnah Nabi dan sangat terkenal menjelangnya bulan Ramadan. Tahukah anda sebabnya? Sebenarnya, kurma mengandung karbohidrat tinggi iaitu fruktosa yang akan diolah oleh tubuh sebagai sumber tenaga. Jadi pengambilannya ketika berbuka beri stamina tinggi. Kurma juga memiliki potensi mengendalikan kadar gula darah kerana indeks glikemiks rendah yang mesra pesakit diabetes.

2. Madu

Walaupun manis dan sering dijadikan pengganti gula, ia sebenarnya pemanis semula jadi yang paling sihat. Tetapi kegunaanya lebih dari sekadar pemanis. Madu mengandung kalori yang tinggi kerana kaya fruktosa, maltosa, sukrosa serta glukosa yang menjadi sumbar yang disyorkan untuk peserta sukan. Jadi ia tentu sekali bermanfaat untuk mereka yang berpuasa bagi memulihkan tenaga.

3. Pisang

Pisang memang mudah diperolehi di Malaysia, dan ia merupakan satu lagi “superfood” puasa yang terbaik. Lagipun ia mobil, maka anda boleh simpan dan bawa ke mana-mana, mudahlah untuk berbuka ketika dalam kesesakan jalan raya. Pisang, kaya dengan serat dan gula, mampu membuat kita kenyang lebih lama dan sihat untuk pencernaan. Kandungan kalium pada pisang membantu tubuh menurunkan tekanan darah.

4. Ubi jalar

Manis dan sedap, malah ubi jalar ini juga tinggi karbohidrat, vitamin A, dan vitamin C untuk memulihkan badan dari keletihan. Makanan mesra pesakit diabetes, ia membantu melambatkan penyerapan gula dan mencegah peningkatan kadar gula dalam darah. Ia juga baik untuk kesihatan otak.

5. Epal

Epal adalah buah yang sangat terkenal dengan khasiatnya sejak sekian lama. Walaupun rendah kalori, epal mampu memberi tenaga kepada tubuh badan kerana kandungan vitamin dan mineralnya yang tinggi. Air, vitamin B, kalium, dan zat besi yang terkandung pada epal memengaruhi fungsi jantung dan otot sehingga membantu memulihkan tenaga setelah berpuasa.

6. Air

Saat berpuasa, tubuh akan mengalami dehidrasi menyebabkan keletihan yang berpanjangan. Ia juga akan memberi kesan sampingan seperti sakit kepala, sukar menumpu dan sakit tekak. Oleh itu, anda sentiasa dinasihatkan berbuka puasa dengan meminum segelas air putih. Ia akan membantu cecair dalam tubuh yang hilang kembali normal sekaligus memberi tenaga. Air putih juga mampu menyejukkan badan dan menghilangkan panas badan yang membawa gangguan kesihatan.

7. Telur

Telur adalah salah satu makanan terbaik untuk menu berbuka puasa. Selain mudah disiapkan, telur juga makanan yang sangat mudah dicerna dan mengandung protein yang sangat tinggi. Sejibi telur mempunyai 6 gram protein dan 9 jenis asid amino menjadikannya makanan sihat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.