Setia pada Parti Komunis antara syarat derma sperma di China

Setia pada Parti Komunis antara syarat derma sperma di China

Penderma juga harus bebas dari atau tidak menunjukkan sebarang tanda kehilangan rambut, buta warna dan berdepan masalah berat badan.

Sebuah bank sperma di Beijing, China menjadi tajuk utama akhbar di negara selepas mengenakan syarat agar penderma harus menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Parti Komunis China dan ideologinya.

Hospital Universiti Peking di daerah Haidan, Beijing menjadi buah mulut selepas melancarkan program derma sperma yang berkongsi senarai syarat dalam laman sosialnya, petik South China Morning Post.

“Para penderma mesti mencintai tanahair sosialis dan kepimpinan Parti Komunis. Dia mesti setia kepada tugas parti, bersopan, mematuhi undang-undang dan bebas dari sebarang masalah politik,” petiknya.

Selain kesetiaan kepada parti politik, kempen itu juga meletakkan isu kesihatan sebagai salah satu elemen kelayakan asas.

Katanya, penderma harus sempurna dari segi kesihatan, berusia lebih 20 tahun, tidak mempunyai sejarah penyakit genetik atau apa juga bentuk penyakit berjangkit, lapor portal Shanghai.

Bukan itu sahaja, ia juga menekankan supaya penderma bebas atau tidak menunjukkan sebarang tanda kehilangan rambut, buta warna dan berdepan masalah berat badan.

Bagaimanapun semula calon akan dinilai terlebih dahulu sebelum proses menderma bagi memastikan kualiti sperma dan kecergasan keseluruhan terjaga.

Namun, buat masa ini, tiada sebarang ujian yang dijalankan untuk memastikan kesetiaan kepada Parti Komunis China.

Sebaik lulus ujian derma, calon akan dibayar 200 yuan (RM122) serta-merta dan 5,500 yuan (RM3,380) selepas menyumbang.

Mereka harus menderma 10 kali selama 6 bulan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.