Daripada transgender kepada manusia naga

Daripada transgender kepada manusia naga

Eva berkata dia ambil keputusan itu selepas disahkan menghidap HIV.

Free Malaysia Today
Gambar Instagram.

Seorang wanita transgender dari Amerika, bukan sahaja mengubah jantina tetapi juga spesisnya daripada seorang manusia ke reptilia.

Berbunyi pelik tetapi bagi Eva Tiamat Medusa dari Bruni, Texas, Amerika Syarikat, dia mahu membuktikan dirinya sebagai manusia transgender paling banyak melalui transformasi diri.

Eva membelanjakan lebih £42,000 (RM228,321) untuk pembedahan pengubahsuaian dirinya menjadi reptilia, lebih tepat seekor naga.

Segalanya bermula apabila Eva masih seorang lelaki dan disahkan menghidap HIV.

“Saya tidak mahu mati sebagai seorang manusia. Transformasi ini menjadi perkara paling hebat dalam kehidupan saya. Saya ada sebab tersendiri untuk melalui transformasi ini,” katanya pada satu temuramah dengan The Wizard of Odd TV.

Eva merupakan seorang lelaki homoseksual yang bekerja sebagai timbalan presiden sebuah bank terkenal di Amerika Syarikat yang mengambil keputusan menamatkan kerjayanya sebelum mengubah diri menjadi wanita dan kemudian menjadi seekor naga.

Menurut laporan Unilad, Eva ditinggalkan ibu bapanya ketika 5 tahun dan dia percaya dilahirkan semula dan dijaga seekor ular.

Eva kini kelihatan seperti seekor manusia naga selepas tubuh badannya penuh tatu seperti sisik naga selain menukar langsung ciri wajahnya.

Agak mengerikan, Eva sememangnya berjaya mengubah diri menjadi reptilia dengan mengubah bentuk hidungnya, membuang kedua-dua telinga, mengenakan tatu mata berwarna hijau serta mengimplan 8 tanduk kecil di dahinya.

Bukan itu sahaja, dia juga membelahkan lidahnya di bahagian muncung untuk kelihatan seperti lidah bercabang reptilia atau ular di samping janggut di bahagian sisi dagunya.

Eva juga akui akan terus melakukan perubahan pada dirinya untuk lebih kelihatan seperti reptilia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.