Broadway Bollywood ke Istana Budaya

Broadway Bollywood ke Istana Budaya

Pementasan ini menampilkan 30 penari profesional antarabangsa dalam lebih 750 persalinan untuk persembahan selama 1 jam 45 minit.

Kerancakan tarian dipetik dari filem Hindustan moden serta tarian klasik India yang bakal membawa memori terindah bakal menggegarkan Istana Budaya, Kuala Lumpur menerusi konsert Broadway Bollywood, Mystic India: The World Tour.

Ekoran sambutan hangat terhadap konsert jelajah seluruh dunia, Eeman Corporation Sdn Bhd, memilih Malaysia sebagai destinasi mempamerkan kemewahan budaya hiburan India dalam persembahan Mystic India pada April ini.

Pementasan membariskan penari professional dari Amerika bagi merancakkan persembahan penuh bertenaga ini.

Intipati pementasan diambil dari filem Bollywood terbaru lakonan Shah Rukh Khan, Salman Khan, Madhuri Dixit, Kajol dan Aishwarya Rai.

Tidak ketinggalan, lenggok tradisi dari lagu klasik “evergreen” juga dari filem Hindustan terkenal.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Gavin Singh, pihaknya menampilkan 30 penari profesional antarabangsa dalam lebih 750 persalinan untuk persembahan 1 jam 45 minit.

“Ada 2 segmen, lagu tradisional dan lagu moden yang dibawa dalam persembahan penuh warna-warni,” katanya pada sidang media baru-baru ini.

“Kami pasti mengujakan anda dengan persembahan tarian tanpa henti 90 hingga 100 minit menggunakan teknologi seni lampu LED yang secara tidak langsung membawa anda dalam satu penjelajahan maya ke India,” tambahnya.

Pementasan Mystic India: The World Tour Kuala Lumpur 2018 akan diadakan di Panggung Sari Istana Budaya bermula 5 hingga 11 April ini.

Tiket-tiket berharga RM138, RM188, RM308, RM418, RM538 dan RM668 mula dijual sejak 18 Januari lalu, boleh dibeli dengan melayari laman web www.AirAsiaRedTix.com.

Mystic India: The World Tour pernah mengadakan persembahan di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Kanada, China, Bahrain, Afrika Selatan dan Eropah membabitkan lebih 500 persembahan .

“Mengikut rekod, ia ditonton lebih setengah juta orang setakat ini dan kami akan terus mengembangkan penjelajahan ini,” ujar Gavin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.