
Kita mempunyai pelbagai emoji dalam telefon bimbit dan aplikasi sosial tetapi bukan semua mewakili setiap pengguna.
Mengambil kira keperluan golongan kurang upaya (OKU) seluruh dunia, Apple tampil memperkenalkan 13 emoji baru.
Emoji yang dikemukakan kepada Unicode Consortium dijangka diperkenal tidak lama lagi menggunakan simbol kerusi roda, orang bertongkat, anjing pemandu, alat bantu pendengaran dan tangan palsu, antaranya.
Dalam cadangan itu, Apple berkata, 1 dalam setiap 7 orang mempunyai beberapa bentuk kecacatan dan ia bukan bermaksud untuk menjadi senarai komprehensif “penggambaran kelainan upaya,” tetapi “perwakilan lebih besar untuk kepelbagaian dalam dunia emoji.”
Emojipedia berkata mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Unicode akan berlangsung pada bulan depan di ibu pejabat Adobe di San Jose dan jika diluluskan, emoji disenarai pendek ini akan dimasukkan dalam Emoji 12.0 dan dikeluarkan pada separuh pertama 2019.
Senarai emoji yang dicadang pada tahun 2018 pula sudahpun diluluskan pada Februari lepas dan dijangka dilancarkan pada separuh kedua 2018.