Peluk artis Melayu, Roberto Carlos diserang

Peluk artis Melayu, Roberto Carlos diserang

Foto berpeluk antara pelakon wanita, Tiz Zaqyah dan Roberto Carlos yang dikongsi di laman sosial menyebabkan mereka berdua diserang netizen.

Free Malaysia Today
Gambar foto yang dimuat naik oleh Tiz dalam akaun Instagramnya.

Tiz Zaqyah berkongsi gambar di laman Instagram menunjukkan dia berpelukan rapat dengan pemain bola sepak Brazil, Roberto Carlos ketika lawatannya ke Malaysia kerana dipilih sebagai duta utama syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia.

Foto yang dimuat naik oleh Tiz pada Ahad lalu menerima kecaman sehingga pelakon filem “Cinta Kura-Kura” itu mengambil keputusan menutup ruang komen.

Tetapi, netizen beralih kepada Instagram milik Roberto untuk mengecam mereka berdua, khususnya Tiz.

Free Malaysia Today
Selepas menutup ruang komen, netizen beralih kepada laman Instagram milik Roberto Carlos pula untuk menyambung kecaman.

Rata-rata komen tersebut dirakam dalam bahasa Malaysia yang kemungkinan besar tidak dapat dibaca Roberto kecuali lelaki itu mendapatkan khidmat penterjemah.

Berikutan itu, Tiz pula berkongsi imej di Instastory miliknya, menyatakan tahap kedengkian netizen yang sanggup menulis komen di Instagram milik orang lain selepas ruangan komennya ditutup.

“Tak dapat komen gambar kita, dia pergi komen orang lain punya. Tahap dengki itu tinggi betul, so much effort,” tulisnya.

Kebanyakan komen mengherdik dan memperli pelukan antara mereka berdua selain bertanya tips untuk memeluk Tiz.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.