Bali senyap sehari tanpa internet

Bali senyap sehari tanpa internet

Penduduk Bali juga tidak terlibat dalam mana-mana aktiviti seperti berhibur, keluar rumah, berjalan-jalan termasuk tidak akan bercakap sepanjang hari tersebut.

Free Malaysia Today
Penduduk Bali yang majoritinya Hindu mengikuti pantang larang Hari Nyepi iaitu Tahun Baru mereka secara ketat. (Gambar: AFP)
Kepulauan Bali di Indonesia akan senyap sepi, termasuk tanpa rangkaian internet pada 17 Mac ini (esok) menandakan sambutan Tahun Baru, Nyepi oleh penganut Hindu di situ.

Ini tahun pertama kerajaan bersetuju memadam semua rangkaian internet selepas menolak permohonan tersebut tahun lepas.

Selain internet, lapangan terbang Bali juga ditutup 24 jam bermula pukul 6 pagi.

Penduduk Bali juga tidak akan terlibat dalam mana-mana aktiviti seperti berhibur, keluar rumah, berjalan-jalan termasuk tidak akan bercakap sepanjang hari tersebut.

“Ramai penganut agama Hindu ketagih dengan gajet. Saya berharap mereka menjadikan Hari Nyepi untuk menilai diri mereka semula,” kata ketua Persatuan Hindu Bali, Gusti Ngurah kepada BBC.

Pengarah pejabat Kementerian Komunikasi di Bali, Nyoman Sujaya mengumumkan perkhidmatan internet pada telefon bimbit ditutup kecuali sambungan wifi di hotel dan internet di lokasi perkhidmatan awam dan lokasi penting seperti lapangan terbang, perkhidmatan keselamatan dan bank dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.