Warna-warni Holi serata dunia

Warna-warni Holi serata dunia

Di Bali, festival warna-warni ini bukan sahaja disertai penduduk tempatan, tetapi juga masyarakat dan golongan profesional India serta pelancong pelbagai latar.

warna-warni-holi-india
Holi menjadi festival dengan tarikan tersendiri khususnya dalam kalangan bukan India. (Gambar Wikimedia)
fmt-ohsem-inside-article1Ribuan di Taman Puputan Badung, Denpasar, Bali kelihatan bergembira sambil saling tabur serbuk berwarna.

Mereka menyambut perayaan Holi, sejenis festival disambut pada bulan Phalguna mengikut kalendar Hindu atau awal bulan Mac itu merupakan antara perayaan paling meriah melibatkan penganut agama Hindu.

Di Bali, festival warna-warni ini bukan sahaja disertai penduduk tempatan, tetapi juga masyarakat dan golongan professional India serta pelancong dari pelbagai latar.

“Saya menyertai festival ini kerana ia sangat menarik. Saya tidak pernah menyertai Holi tetapi amat menyukainya,” kata pelancongan dari Amerika, Anna Prinkki kepada Jakarta Post.

Manakala, seorang lelaki tempatan, Komang Adi, 36, juga akui teruja mengambil bahagian dalam festival ini bersama 2 anak perempuannya.

“Anak-anak kelihatan sangat gembira. Saya sukainya. Holi memang hebat,” kata Komang.

Menurut konsul general India di Bali, RO Sunil Babu, Holi ialah perayaan bermula pada musim bunga, seiring dengan perubahan semulajadi, ia diraikan dengan warna.

“Ramai yang melihat sambutan ini dalam filem Bollywood,” katanya lagi petik portal itu lagi.

Medan juga menjadi lokasi sambutan perayaan Holi di Indonesia ekoran demografinya yang diduduki penduduk Hindu dan berbangsa India.

Selain Indonesia, kita semua tahu Malaysia dan Singapura juga menyambut Holi sebagai salah satu festival penganut Hindu terbuka kepada semua. Tetapi bukan itu sahaja, banyak lagi negara lain di dunia turut serta menyambut Holi, bukan sekadar tabur serbuk warna tetapi lebih daripada itu.

Sepanyol
Sebuah bandar di Sepanyol, Sadabell menjadi lokasi sambutan Holi sejak 8 tahun lalu. Terletak 20km dari Barcelona, sambutan Holi di bandar itu disertai kira-kira 10,000 orang. Ia dipenuhi dengan aktiviti tarian dan bhangra, muzik dan parti Bollywood.

Amerika
Holi menjadi salah satu festival tarikan terbesar di Amerika. Ia disambut dengan larian The Color Run. Sepanjang 5 km larian, peserta akan saling tabur serbuk warna warni.

United Kingdom
Bandar raya utama seperti Birmingham, Leicester dan Newcastle menjadi lokasi sambutan Holi di UK. Sehinggakan ada perarakan warna, gerai makanan India, tarian serta pelbagai aktiviti lain.

Suriname
Sebuah negara kecil di timur laut Amerika Utara juga menyambut Holi secara besar-besaran. Ia dikenali sebagai Phagwa oleh penduduk tempatan disambut menjelang musim bunga. Pesta makanan menjadi sebahagian daripada sambutan ini.

Mauritius
Memandangkan 50% penduduk Mauritius adalah Hindu, tidak hairanlah Holi disambut di sini. Ia dimulakan dengan ritual Holika Dahan pada malam sehari sebelum sambutan dan aktiviti semburan air warna pada hari Holi. Lagu, muzik, makanan tentunya menjadi kewajipan sambutan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.