
Lagu nyanyian pemenang Malaysian Idol pertama, Jaclyn Victor, Gemilang kini boleh didapati dalam versi penyanyi Korea hasil nyanyian semula kumpulan band K-Pop IN2IT.
Video tersebut dikatakan turut menampilkan klip lawatan mereka ke Malaysia iaitu sebahagian daripada Tour Asia pertama mereka bulan lepas .
Menariknya, kumpulan dari Korea Selatan yang menyanyikan lagu tersebut menggunakan bahasa Melayu yang jelas tanpa sebarang pelat dan turut menambah lirik dalam bahasa Korea yang dinyanyikan dalam versi rap.
Setakat ini, ia menerima lebih 111,000 tontonan dan 12,000 “likes” sejak dimuatnaik 2 Mac lalu.
Lagu Gemilang dirakam pada 2005, dinobatkan “Juara Lagu” ke-20 sepanjang sejarah pertandingan lagu tahunan anjuran TV3.
Band K-pop IN2IT lebih dikenali di Malaysia apabila salah seorang dari ahli mereka iaitu, Isaac Voo, adalah anak tempatan yang berasal dari Sabah.
Nampaknya lagu Gemilang yang dinyanyikan kumpulan IN2IT ini satu lagi strategi hebat kumpulan itu meluaskan publisiti dan menawan hati lebih ramai peminat tempatan.