Komunikasi siulan, ketahui kewujudan bahasa wisel

Komunikasi siulan, ketahui kewujudan bahasa wisel

Unesco menerima 'bahasa burung' penduduk di Laut Hitam sebahagian daripada warisan dunia memerlukan perlindungan segera, kata agensi berita.

people_Kuskoy_youtube
Bahasa siualan ini dikatakan hampir sama dengan bahasa digunakan burung yang turut beri reaksi kepada perbualan penduduk tempatan perkampungan Kuskoy. (Gambar Youtube)
fmt-ohsem-inside-article1Bahasa wisel unik digunakan oleh penduduk perkampungan terpencil daerah utara Turki, Kuskoy, dilaporkan bakal memasuki senarai Warisan Budaya Unesco.

Dengan pengiktirafan itu, bahasa itu menjadi antara bahasa diancam kepupusan dan perlu dilindungi.

Bahasa wisel digunakan sebagai medium komunikasi penduduk utara Turki di kawasan penempatan tinggi untuk saling berhubungan.

Kini, Unesco menerima “bahasa burung” penduduk di Laut Hitam sebagai sebahagian daripada warisan dunia yang memerlukan perlindungan segera, kata agensi berita.

Komunikasi bahasa wisel ini dipercayai bermula 500 tahun lalu, semasa perluasan kuasa Empayar Uthmaniyah di seluruh wilayah Laut Hitam.

Tetapi dalam jangka 50 tahun lalu, selari dengan perkembangan teknologi dan sistem mudah alih, warisan budaya bahasa wisel di bawah ancaman serius.

Bahasa turun temurun ini hanya menggunakan lidah, gigi dan jari dalam mengubah bunyi siulan.

Apapun, penduduk yang masih mengamalkan bahasa wisel khuatir ia boleh lenyap selepas orang muda didapati tidak lagi berminat mempelajari atau mencari jalan memperbaharui perbendaharaan kata bahasa ini.

“Telefon bimbit membawa impak tertentu kepada tradisi siulan kami. Bagaimanapun kami berusaha menjaga budaya kami agar terus hidup,” kata ketua pemilihan Kuskoy, Muhtar.

Lebih 80% daripada kira-kira 400 penduduk kampung yang bergantung sepenuhnya kepada pertanian dan perladangan khususnya teh dan kacang hazel mengamalkan cara komunikasi luar biasa ini.

“Kami sangat berpuas hati dengan bahasa burung yang kini menjadi sebahagian daripada warisan budaya dunia. Ia mimpi yang menjadi kenyataan kerana pengiktirafan ini akan memberi inspirasi kepada orang lain,” kata Muhtar.

Kuskoy atau alih bahasanya yang membawa maksud, “negara burung” terus berusaha menjaga amalan komunikasi bahasa burung ini menerusi Festival Bahasa Burung tahunannya.

Pihak berkuasa daerah juga mengajar bahasa wisel itu di peringkat sekolah rendah bermula 2014.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.