

Hujung minggu adalah waktu terbaik bagi wanita bekerjaya meluangkan masa yang lebih berkualiti di ruang dapur.
Daripada memasak menu pilihan kegemaran keluarga hinggalah menu baharu yang ingin dicuba. Tidak ketinggalan dengan adanya laman sosial dan internet, wanita masa kini dibantu dengan pelbagai saranan atau teknik dan kaedah memasak yang mudah.
Jalan pintas sewaktu menyediakan makanan ini amat membantu, menjimatkan masa dan memberi lebih ruang untuk beristirehat.
Namun awas, bukan semua “hacks” dapur boleh digunakan. Berhati-hati dengan teknik tertentu yang boleh membahayakan dan kebanyakannya menyebabkan anda rasa tertipu.
Misalnya bagi seorang lelaki dari California ini yang cuba membuka botol wine menggunakan kaedah popular yang dikongsi di Youtube, hampir membunuh dirinya.
Lawrence Guo yang meniru “hacks” membuka botol wine menggunakan penyumpit gas.
Dia sepatutnya menghalakan bahagian leher botol pada api penyumpit gas untuk memudahkan dia membuka penutup.
Tetapi Lawrence menggunakan api dapur menyebabkan botol itu pecah dan terbakar, seperti dalam video ini.
YOUTUBE U LIED!!! I almost died ? pic.twitter.com/6BoqfbOabE
— lawr (@bdlawr) February 27, 2018
Di bawah, FMT Ohsem senaraikan beberapa “life-hacks” dapur atau memasak yang tidak menjadi. Mungkin boleh dijadikan iktibar dan boleh dielak. Atau anda mungkin mahu cuba sehingga mendapat intipati sebenar yang berhasil bagi “hacks” tersebut.
1. Senduk kayu atas periuk elak air atau susu melimpah
Ia membantu hanya beberapa saat pada awalnya namun tidak mengelak sepenuhnya air atau susu yang mendidih melimpah keluar. Jadi jangan biarkan senduk dan harapkan air tidak mendidih, rosak dapur anda nanti.

2. Air bersoda ganti telur dan minyak ketika buat kek
Kaedah ini merupakan salah satu “hack” bagi mereka yang berminat membuat kek cara mudah. “Hacks” yang popular di Pinterest ini bagaimanapun bukanlah seindah cadangannya. Menurut mereka yang mencuba kaedah ini, kek terlalu manis, melekit (kandungan air tinggi) dan bukan seperti yang dimahukan.

3. Mengelak buah avakado menjadi perang
Terdapat 3 “hacks” popular mengelak buah avakado bertukar menjadi perang. Pertama menggunakan jus buah limau, semburan memasak dan disimpan dalam beg Ziplog selepas disembur dengan semburan memasak. Malangnya ketiga-ketiga kaedah ini tidak membuahkan hasil yang sepatutnya setelah dicuba. Di mana salahnya?

4. Kupas kulit kentang guna air sejuk
Dah cuba beberapa kali tapi masih tak menjadi. Ini adalah “hack” yang paling mengecewakan! Kononnya selepas rebus kentang dalam air panas, alihkan ke dalam air sejuk, cara ini memudahkan kita mengupas kulit dengan mudah sekali. Tetapi benarkah?

5. Kupas kulit telur dengan mudah
Ada “hacks” yang mencadangkan cara mudah kupas kulit telur yang direbus iaitu dengan merebus dalam air yang dicampur bikarbonat soda. Namun cara itu tidak membawa apa-apa perubahan, kerja mengupas masih sama. Cuma merebus telur dengan sesudu besar cuka untuk setiap 4 cawan air ada membantu hal ini. Apa pengalaman anda pula?
