Jalan sesak di Hainan, kerajaan terpaksa beri cuti tambahan

Jalan sesak di Hainan, kerajaan terpaksa beri cuti tambahan

Kabus tebal menyebabkan kapal air berlanggar, menyebabkan pembatalan jadual pengangkutan feri.

traffik_lama
Kelihatan pemandu duduk berehat kerana kenderaan tidak bergerak langsung. (Gambar China News/Shanghaiist)

Kesesakan lalu lintas yang tidak diduga berlaku di ibu negeri kepulauan Hainan, Haikou, semua disebabkan cuti panjang festival musim bunga dan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Tambahan, ini juga kali pertama bandar raya itu mengalami masalah kabus paling teruk yang menyumbang kepada masalah kesesakan itu.

Menurut laporan China Daily memetik kenyataan jabatan meteorologi wilayah Hainan, kali terakhir bandar raya itu berdepan masalah kabus melampau adalah pada 1951.

traffik_lama123
Kabus memaksa pihak kerajaan melanjutkan cuti sehari lagi dengan harapan kesesakan surut. (Gambar China News/Shanghaiist)

Keadaan kabus tebal itu juga dilapor menyebabkan kapal air berlanggar, menyebabkan pembatalan jadual pengangkutan feri.

Ekoran masalah tersebut serta kesesakan lalu lintas di luar kawalan, pihak berkuasa wilayah tersebut mengambil langkah memanjangkan tempoh cuti selama 24 jam lagi.

“Ia diharap dapat mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya dan kabus akan reda,” kata jurucakap pihak berkuasa.

traffik_lama12
Pelancong tempatan memilih bandar raya tropika, Hainan, sebagai destinasi cuti panjang. (Gambar China News/Shanghaiist)

Hainan ialah salah satu destinasi popular menjelang musim cuti dan sepanjangg cuti 7 hari lalu, dilaporkan kira-kira 5 juta orang mengunjungi kepulauan sebesar negara Belgium itu.

Namun, masuk keluar ke kepulauan itu sememangnya lancar sehinggalah hari terakhir cuti di mana semua orang terkandas di jalan raya memasuki pelabuhan ekoran kabus.

Kira-kira 100,000 orang dan lebih 10,000 kenderaan dilapor terperangkap di atas jalan raya kepulauan wilayah itu pada hari cuti terakhir.

Ia juga menyebabkan tiket penerbangan dari Hainan naik mendadak, ada sehingga 20 kali ganda.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.