Poster bintang filem selamatkan tanaman petani

Poster bintang filem selamatkan tanaman petani

Petani dari Andra Pradesh, India terpaksa mempamerkan poster pelakon Sunny Leone berbikini merah bagi menangkis mata jahat jiran dan pencuri tanaman.

 

farmer-india3
Sunny Leone menjadi aktres filem porno sebelum melibatkan diri dalam industri perfileman Bollywood. (Gambar Hindustan Times)
fmt-ohsem-inside-article1

Tidak tahan dengan perangai penduduk kampung yang suka mencuri tanaman kubisnya, seorang petani di India menggunakan teknik baharu melindungi tanamannya dengan mempamerkan poster pelakon lucah.

Ya, dan yang penting, kaedahnya itu dikatakan berhasil apabila tanamanya selamat malah langsung tidak diendahkan selepas “pencuri kubis” lebih tertarik kepada poster sehingga tidak menghiraukan tanamannya lagi.

Chenchu Reddy akui terpaksa mempamerkan poster pelakon Sunny Leone yang berbikini merah bagi menangkis mata jahat jiran yang cemburu dan melindungi tanaman daripada pencuri.

Kata Reddy dari Andra Pradesh itu, kini kebunnya seluas 4 hektar selamat dan tidak lagi menjadi tarikan penduduk kampung atau orang yang melalui kawasan ini.

“Ini kerana mereka hanya tertarik pada poster itu,” katanya kepada Daily Mail.

Ketika ditanya jika tindakannya itu menyebabkan dia dipanggil atau didekati pihak berkuasa, Reddy berkata tidak.

“Buat apa mereka panggil saya. Ketika kami, petani hadapi masalah mereka langsung tidak kisah. Biarlah kami menjaga tanaman kami sendiri dengan apa cara sekalipun,” katanya.

Sunny Leone atau nama sebenarnya Karenjit Kaur Vohra menikmati kejayaan sebagai aktres Bollywood selepas meninggalkan industri porno.

 

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.