
Entah mengapa, mereka memilih untuk mengemis atau mempunyai masalah kesihatan yang benar-benar menyulitkan mereka untuk bekerja, lazimnya mereka juga dikaitkan dengan sikap malas.
Walaupun pemalas dan kotor, kita jangan anggap pengemis ini tidak berduit ye, mana tau mereka mungkin mempunyai simpanan lebih banyak daripada apa yang kita ada.
Perkara itu dibuktikan seorang pengemis di Sweden yang dikesan menyimpan wang berjumlah hampir 6 juta krona (RM3 juta) dalam pakaiannya ketika sedang sibuk menjalankan aktiviti meminta sedekah.
Lelaki itu yang tidak didedahkan identitinya ditahan polis ketika sibuk mendesak orang ramai yang lalu lalang di luar stesen kereta api Resecentrum di Uppsala untuk memberinya wang atau sedekah.
Menurut laporan agensi, jurucakap polis Uppsala, Jale Poljarevius berkata lelaki itu turut melontar kata-kata amarah kepada orang ramai supaya memberikannya wang yang konon mahu digunakan untuk membeli tiket kereta api bagi membolehkan dia pulang ke kampung halamannya di barat Sweden.
Tindakan aggresif lelaki itu bagaimanapun menarik perhatian polis yang bertugas sehingga mereka menyoal siasat lelaki itu dan kemudiannya mendapati beberapa helai wang kertas terjatuh dari poket bajunya.
“Polis curiga dengan lelaki itu terus membuat pemeriksaan dan terkejut apabila menemui sejumlah besar wang tunai di dalam poket dan baju pengemis berkenaan.
“Kami mengambil masa lebih sehari untuk mengira wang berkenaan yang berjumlah hampir 6 juta krona (RM3 juta),” kata polis.
Pihak polis tidak pasti jika ia merupakan wang hasil meminta sedekah atau dia baharu memenangi loteri.
“Saya belum pernah melihat wang sebanyak ini dalam situasi seperti itu. Terlalu banyak bungkusan duit.
“Sesiapa yang membawa wang tunai sebanyak itu akan dijadikan suspek jenayah,” jelasnya.
Pengemis itu ditahan mengikut akta pengubahan wang haram yang boleh membawa hukuman penjara 2 tahun jika didapati bersalah.