Mencari titik persamaan kunci kebahagiaan perkahwinan campur

Mencari titik persamaan kunci kebahagiaan perkahwinan campur

Kebanyakan pengenalan berlaku secara spontan sama ada atas dasar kerja, sembang di laman sosial atau ketika belajar.

joanne1
Joanne tidak melihat sebarang perbezaan antara kedua-dua mereka kerana menerimanya sebagai restu.
fmt-ohsem-inside-article1

Jodoh di tangan tuhan. Benar sungguh kata-kata itu apabila ada individu yang ditemukan dari 2 negara ataupun benua berbeza dan disatukan atas persefahaman yang mnegatasi perbezaan.

Tawan hati ibu bapa mertua dari Telangana

Bagi Joanna Cheng yang berasal dari Melaka dan suaminya, Santhosh, dari Telangana (dahulu sebahagian daripada Andhra Pradesh), India, mungkin persamaan sukar dicapai tetapi percayalah, mereka bukan sahaja berjaya menawan ”hati” masing-masing tetapi juga memperoleh restu ibu bapa mertua masing-masing.

Joanna berkata mereka berkenalan di kelas senaman kelab kecerdasan miliknya. Berkawan selama lebih 2 tahun, Santhosh, seorang jurutera perisian di sebuah bank di Kuala Lumpur dan Joanna mendirikan rumah tangga selepas 8 bulan mengenali hati budi masing-masing.

joanne2
Joanna tertarik dengan keperibadian Santhosh yang tenang dan bijak mengendalikan situasi.

“Saya menyukainya kerana dia tenang dalam melakukan sesuatu mahupun membuat keputusan. Sangat membantu bila diperlukan serta bijak mengendali situasi, pendek kata dia tahu apa yang dilakukan.”

Ia juga memudahkan mereka saling berkenalan dan Joanna akui satu-satunya cabaran dalam perkahwinan campur mereka ialah mengumumkan perkara itu kepada ibu bapa Santhosh.

“Saya juga tertarik dengan caranya memberitahu mengenai hubungan kami kepada ibu bapa. Dia mahu berterus-terang dan ikhlas, bukan bersembunyi atau tunggu sampai kami dapat anak dan guna pendekatan cucu untuk mencairkan hati mereka menerima kami,” katanya sambil ketawa.

Joanna juga tidak berhadapan sebarang masalah dalam menserasikan diri denggan Santhosh dari segi makanan, cuaca ataupun persekitaran di Malaysia.

“Semuanya lancar, ramai menganggap Santhosh orang Malaysia,” katanya yang tidak ketinggalam memuat turun aplikasi resepi makanan India di telefon pintarnya bagi lebih mengenali budaya makanan sebelah suaminya itu.

Ditanya mengenai pelan Hari Kekasih, katanya ia akan diluangkan bersama keluarga suaminya yang melawat Malaysia sejak 11 Februari lepas.

“Kami ada banyak perancangan sepanjang 3 hingga 4 bulan ini untuk meluangkan masa bersama ibu bapa mertua,” tambah ibu seorang anak itu.

zarena2
Zarena akui suaminya, Sayf seorang chef warga Filipina seorang yang amat menghormatinya.

Chef Filipina pikat wanita etnik Pakistan Malaysia

Bagi pasangan Pakistan-Malaysia dan lelaki Filipina ini pula, Hari Kekasih pertama selepas kahwin membawa keterujaan tersendiri.

Zarena Omar, 42, dari Ipoh tidak pasti bagaimana boleh jatuh cinta dengan suaminya Sayf Rainer Voltaire Ronquillo, 45, seorang chef “fine dine”, kerana katanya, “Ia berlaku tanpa disedari”.

Namun pertemuan mereka bermula dengan sekadar berkawan di Facebook tetapi kerap bersembang, hampir setiap hari di alam maya.

Katanya, pada 2016, Sayf ke Malaysia untuk bekerja di sebuah hotel di Bukit Tinggi Pahang dan pertemuan ”mata” berlaku.

zarena1
Zarena melawat keluarga Sayf di Filipina mendapatkan restu sebelum mendirikan rumah tangga.

“Keputusan berkahwin dilakukan segera namun atas beberapa sebab ia terpaksa ditangguh sehingga Mei 2017.

“Saya tidak terlalu fokus pada perbezaan kerana kami percaya masing-masing ada perkara disukai dan tidak, dibenar dan sebaliknya, kami bersetuju menerima perbezaan dan meneruskan hidup tanpa membesarkan perkara tidak sepatutnya menjadi halangan.

“Kami saling mencintai,” katanya yang tidak ketinggalan melawat keluarga Sayf di Filipina untuk mendapatkan restu sebelum mendirikan rumah tangga.

Menyifatkan suaminya sebagai mesra, baik dan mudah didekati, Zarena suka kualiti Sayf yang amat menghormati dirinya serta tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang suami.

Mereka langsung tiada masalah memandangkan suasana geografi Malaysia dan Filipina tidak banyak beza kecuali cara hidup Malaysia lebih konservatif berbanding negara suaminya yang lebih kebaratan.

“Untung dapat suami seorang chef, saya sudah mula meminati masakan Filipina seperti singgang ikan dan ayam adobo,” katanya.

Bercakap mengenai pelan masa depan, Zarena berkata dia dan suaminya bercadang membuka perniagaan restoran makanan India Utara di Ipoh.

Nampaknya, perkahwinan campur bukan lagi sesuatu baharu atau mengejutkan keluarga apatah lagi selepas dunia menjadi semakin kecil dengan kemajuan teknologi komunikasi.

Kebanyakan pengenalan ini berlaku secara spontan sama ada atas dasar kerja, sembang di laman sosial atau ketika belajar.

martha1
Detik ketika Wee Loong melamar Martha di Bali selepas membuat video ‘The Proposal’ di China.

Jumpa di Jepun, lamar di China dan Bali, cinta rakyat Malaysia-Poland

Tetapi, ada juga kisah cinta yang berbeza di mana pertemuan pertama pun dah cukup mencabar.

Contohnya, kisah jurugambar yang terkenal dengan aksi lasak, Keow Wee Loong dari Malaysia yang menemui teman hidupnya, seorang wanita Poland, Marta Sibielak di Jepun.

Mereka pertama kali bertemu sewaktu Wee Loong menjelajah kota Fukushima yang ditinggalkan selepas tragedi kebocoran nuklear dan tsunami.

Selepas kehilangan semua duit di Tokyo, Marta membantunya memberi pertolongan kecemasan. Kemudian berputiklah cinta di mana Wee Loong berjanji “menjaganya dengan baik pada masa depan”.

Lelaki inilah yang melamar wanita itu dengan memanjat jambatan Beipanjiang Bridge Duge (Beipanjiang) jambatan tertinggi di dunia dengan tinggi 565m dan 720m panjang di Guizhou, China.

Rakaman paparan lamaran itu disiarkan kepada Martha ketika mereka bercuti di Bali dengan sebentuk cincin, mirip cerita fantasi.

martha2
Martha menjadi model Wee Loong dalam sesi penggambarannya.

Okay, kembali kepada kehidupan mereka di sini, Wee Loong seperti kebanyakan pasangan campur lain, dia juga akui perbezaan bukan satu masalah antara mereka.

Lebih menarik, walaupun wujud perbezaan dan kontra dalam minat mahupun agama, Wee Loong sedia mencuba sedaya upaya membahagiakan pasangannya.

“Dia suka karipap, roti canai dan kuah kari untuk sarapan. Makan tengah hari, dia makan roti dan saya cari nasi. Marta vegetarian manakala saya benci sayur-sayuran. Negaranya sejuk, kita pula panas,” katanya sambil menjelaskan beberapa perbezaan nyata.

Bagaimanapun, Wee Loong berkata dia tidak banyak karenah dan menerima perbezaan itu sebagai hak masing-masing.

“Selagi saya mampu, saya mahu membahagiakan dia,” ujar lelaki muda yang akui, sejak berkahwin, Marta juga menjadi model kepada kebanyakan fotografinya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.