Keluarga mahu simpan anak tertukar di hospital selepas 3 tahun

Keluarga mahu simpan anak tertukar di hospital selepas 3 tahun

Shahabuddin membuat petisyen, mendesak hospital beri butiran bayi yang lahir kira-kira jam 7.00 pagi pada hari Jonait dilahirkan.

anak-tertukar
fmt-ohsem-inside-article1Walaupun kesilapan pihak hospital menyebabkan 2 anak tertukar, ibu bapa kedua-dua keluarga itu mengambil keputusan membesarkan anak tertukar itu sebagai anak mereka.

Kedua-dua ibu yang membesarkan anak mereka selama 3 tahun akui tidak sampai hati menyerahkan anak itu kepada ibu bapa kandung sebaliknya mengambil keputusan membesarkan mereka dan membiarkan anak itu menentukan nasib mereka selepas membesar nanti.

Menarik lagi, salah satu keluarga beragama Islam dan lagi satu keluarga adalah Hindu, bersepakat menerima anak tertukar itu dalam kejadian 3 tahun lepas di Hospital Awal Mangaldai.

Sebenarnya bapa salah seorang anak itu yang membawa kes tersebut ke mahkamah bagi menentukan ibu bapa sebenar anak yang dipercayai bukan milik mereka.

“Kanak-kanak itu juga enggan berpisah dengan keluarga yang membesarkan mereka.

“Pertukaran anak itu disahkan selepas bapa, Shahabuddin Ahmed menerima keputusan ujian DNA menunjukkan tiada pertalian genetik antara isterinya, Salma Parbin dengan anak lelaki mereka, Jonait,” petik laporan The Independent.

Ibu bapa itu meminta membuat ujian selepas meragui anaknya tidak mengikut iras wajah mana-mana ahli keluarganya.

“Apabila melihat wajahnya, keraguan mula timbul. Saya teringat wajah seorang wanita yang serupa dengannya. Saya perasan matanya sepet sedangkan dalam keluarga kami tiada mata seperti itu,” katanya.

Awalnya perkara itu dinafikan kakitangan hospital malah mencadangkan isterinya mendapatkan rawatan psikiatrik.

Shahabuddin membuat petisyen, mendesak hospital memberi butiran bayi yang lahir kira-kira jam 7.00 pagi pada hari Jonait dilahirkan.

Susulan itu, dia mendapati 7 wanita, seorang daripadanya sepadan dengan waktu isterinya bersalin dan kedua-dua bayi mempunyai berat sama.

Shahabuddin mengambil langkah seterusnya untuk berjumpa ibu bapa yang disyaki tertukar anak dengan mereka, Anil dan Shewali Boro serta anak, Riyan Chandra.

Shewali dikatakan terkejut berjumpa Jonait yang menyerupai suaminya manakala anaknya Riyan pula tidak.

Ini kerana pasangan Hindu itu dari puak Bodo, yang bermata sepet, pipi dan tangan berisi, mempunyai ciri orang Mongolia.

Selepas majistret membenarkan kedua-dua mereka menukar anak, keluarga itu pula sepakat enggan menyerahkan anak kerana sudah membesarkan mereka selama 3 tahun.

Maka, mereka berpendirian membiarkan anak mereka membuat keputusan untuk tinggal dengan siapa selepas membesar.

Keluarga itu juga bersetuju untuk kekal sebagai rakan baik dan saling menghubungi anak kandung masing-masing.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.