Sikap rasis juri MasterChef Italia dikritik pengguna internet

Sikap rasis juri MasterChef Italia dikritik pengguna internet

Pekerja wanita meluahkan rasa janggal, tetapi Joe seperti tidak peduli.

Bastianich
fmt-ohsem-inside-article1Pemilik restoran Itali-Amerika terkemuka dan chef selebriti, Joe Bastianich dikritik selepas mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap 2 wanita berbangsa Cina pada satu program realiti bahasa Itali.

Dalam video yang dirakam bagi program “MasterChef Italia,” Joe yang juga juri pertandingan memasak itu dilihat melawat spa untuk khidmat rias kuku di sebuah salun yang menggunakan khidmat wanita berbangsa Cina.

Dalam video tersebut, dia mengeluarkan kata-kata stereotaip mengenai lelaki Asia sambil memperbaiki sebutan kedua-dua gadis itu dalam bahasa Itali.

Dalam satu babak, dia bertanya mengenai teman lelaki wanita itu, adakah mereka berbangsa Cina atau Itali.

Bastianich1

Menurut laporan HuffPost, Joe dipetik sebagai berkata;

“Saya tidak pasti, tapi secara peribadi….lelaki Cina … kadang-kala memiliki kecacatan, mereka sedikit pendek. Mereka tidak mencukupi dalam keadaan tertentu.”

Pekerja wanita itu meluahkan rasa janggal, tetapi Joe seperti tidak peduli.

“Tetapi kita perlu bercakap mengenainya, kerana itulah realiti,” katanya lagi.

Tidak cukup dengan itu, Joe juga meneruskan perbualan tidak sensitifnya dengan mempersoal keadaan orang Cina yang sudah meninggal dunia.

“Kenapa saya tidak pernah melihat orang Cina yang sudah mati? Apa yang dilakukan oleh orang Cina terhadap mayat orang mati?”

Bastianich2

Ekoran pendedahan rakaman itu di media, Joe segera meminta maaf atas keterlampauan kata-katanya.

“Ini adalah segmen dirancang awal di sebuah salun yang kerap dilawat di Milan. Saya kenal wanita-wanita itu dan kami memberikan mereka soalan tersebut untuk dibincangkan dalam rancangan kelak. Maknanya, apa yang saya katakan, tidak seharusnya mencerminkan pendapat peribadi saya. Saya mohon maaf terhadap apa yang diperkatakan,” katanya.

Bagaimanapun, Joe menerima serangan netizen kerana bersikap perkauman, tidak sensitif dan sombong terhadap 2 wanita itu.

Malah ada yang menyifatkan Joe seorang rasis kerana sering merendah-rendahkan masakan Asia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.