Internet sesak, rakyat India obses mesej ‘Good Morning’

Internet sesak, rakyat India obses mesej ‘Good Morning’

Pencarian gambar mesej "Good Morning" di platform internet seperti Pinterest, menunjukkan peningkatan 10 kali ganda sejak 5 tahun lalu.

india-phone
fmt-ohsem-inside-article1Google mendedahkan rakyat India menghantar mesej “Good Morning” (Selamat Pagi) berserta gambar sehingga menjadikan Internet sesak setiap pagi.

Tetapi saya juga akui ia bukan sahaja berlaku dalam kalangan rakyat India tetapi mana-mana bangsa India di dunia. Ini kerana “kami” suka menceriakan pagi anda!

Kumpulan-kumpulan Whatsapp, daripada kumpulan keluarga, rakan-rakan kolej, tadika, tempat kerja, jiran tetangga dan apa sahaja kumpulan sosial, tentu ada beberapa orang yang ketagih mesej “Good Morning” berserta gambar atau kata-kata hikmat, kononnya untuk menceriakan hari anda.

Adakah ia menceriakan atau menjengkelkan, masing-masing tahu.

Menurut laporan Wall Street Journal, pencarian gambar dengan mesej “Good Morning” di platform internet seperti Pinterest, menunjukkan peningkatan 10 kali ganda sejak 5 tahun lalu.

Ini kerana mana-mana individu yang memiliki telefon pintar dengan akses internet, pasti menyimpan aplikasi Whatsapp dan ia menjadi platform sosial alam maya paling asas.

Jadi, “upacara bersosial” bermula seawal 8 pagi, dengan berjuta mesej “Good Morning” yang dihantar secara aktif seluruh India.

Ia bukan sahaja menyemakkan internet, malah telefon pintar anda juga semakin terbeban dengan penggunaan ruang storan.

Ekoran kebanjiran mesej “Good Morning” yang semakin tidak terkawal di India ini, pihak Google tampil memperkenalkan aplikasi penyelesaian untuk masalah ini.

Aplikasi yang dilancarkan di New Delhi pada Disember lalu membantu pengguna membuang dan membersihkan kesemua mesej “Good Morning” dari telefon, sekali gus memberi kelegaan besar kepada ruang pengestoran telefon pintar.

“Syarikat itu menggunakan imej pangkalan data gergasi dan perisian kecerdasan buatan (AI) untuk mengesan mesej ‘Good Morning’ untuk dipadamkan,” lapor portal itu.

Mungkin kita juga kena minta kerjasama Google untuk turut membantu bangsa seluruh dunia yang sememangnya terkesan dengan tabiat menghantar mesej “Good Morning” ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.