Presiden Indonesia tayang motosikal ‘chopper’ baharu

Presiden Indonesia tayang motosikal ‘chopper’ baharu

Beliau turut berkongsi ciri khas motosikal itu yang memiliki posisi pemanduan rendah, tempat duduk selesa dan pemegang sedikit tinggi.

Jokowi
fmt-ohsem-inside-article1Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) kini memiliki motosikal Royal Enfield Bullet 350cc Chopperland, dibeli hasil tempahan khas.

Motosikal jenis chopper itu bernilai Rp 140 juta (RM41,400) dibeli menggunakan wang milik presiden itu sendiri dari syarikat tempah khas motosikal tempatan Elders Garage dan Kickass Choppers.

Beliau dikatakan tertarik dengan motosikal berkenaan selepas melihatnya di sebuah pameran di acara Sumpah Pemuda, Oktober tahun lalu.

Susulan itu, Jokowi terus menemui pemilik motosikal berkenaan dan menyatakan hasrat membelinya.

Selepas motosikal itu dibawa berjelajah ke Jepun untuk satu lagi pameran, ia dibawa semula ke Indonesia untuk dijual kepada Jokowi.

Jokowi yang juga peminat muzik “heavy metal” tidak kekok berkongsi gambar beliau bersama motosikal itu di Istana Presiden di laman Facebook miliknya.

Beliau turut berkongsi ciri khas motosikal itu yang memiliki posisi pemanduan rendah, tempat duduk selesa dan pemegang sedikit tinggi.

“Mesinnya dari Royald Enfield 350cc, selebihnya adalah karya garapan bengkel modifikasi Elders Garage dan mitranya. Kulitnya buatan Bandung, dijahit bagus sekali dan rapi. Rangkanya dirancang untuk ukuran orang Indonesia oleh Veroland dan dibuat di Jakarta,” tulisnya mempromosi fizikal chopper itu.

Beliau juga akui motosikal jenis itu berpeluang besar untuk dieksport di negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand dan Filipina.

Tambah beliau lagi, anaknya juga menunjukkan minat terhadap motosikal tersebut.

“Anak saya mahu menggunakannya dahulu. Saya pun belum cuba menunggangnya lagi,” katanya berseloroh.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.