Jom tengok gerhana bulan di Uptown Kontena

Jom tengok gerhana bulan di Uptown Kontena

Program ini bertujuan memberi pendedahan mengenai fenomena sains kepada masyarakat sekali gus menarik minat mereka dalam ilmu sains.

Uptown Kontena
fmt-ohsem-inside-article1Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (Eseri) di Kuala Nerus, Terengganu membuka peluang kepada pelajar dan masyarakat setempat menyaksikan cerapan fenomena gerhana bulan penuh di perkarangan Dapo Pata (Uptown Kontena) pada 31 Jan ini bermula 8 malam.

Pengarah Eseri Prof Madya Dr Hafizan Juahir berkata program mesra komuniti anjuran Eseri UniSZA itu bertujuan memberi pendedahan mengenai fenomena sains kepada masyarakat sekali gus menarik minat mereka dalam ilmu sains serta mempraktikkan instrumentasi astronomi yang terdapat di institut itu.

“Sebanyak 6 alatan teleskop dan binokular disediakan kepada pengunjung yang datang untuk melihat dengan lebih jelas gerhana bulan penuh yang dijangka bermula pukul 7.25 malam dan berakhir 3 jam kemudian.

“Selain itu, turut diadakan ialah taklimat berkenaan fenomena gerhana bulan penuh oleh penyelidik UniSZA serta solat sunat gerhana,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang berminat dijemput hadir beramai-ramai menyaksikan fenomena tersebut.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.