
Siapa yang sudah menonton filem Kuch Kuch Hota Hai lakonan hero Bollywood, Shah Rukh Khan, Kajol, dan Rani Mukherjee beratus-ratus kali?Gabungan 3 bintang buat pertama kali dalam filem itu kekal sebagai kombinasi watak utama paling gah dalam industri perfileman Bollywood dan terus menjadi filem kegemaran ramai sepanjang masa.
Jika anda rasa gabungan ini harus berkekalan atau diulangi, jangan risau, impian anda bakal tercapai dalam filem Hindustan baharu arahan Aanand L Rai berjudul “Zero”.
Filem arahan Aanand L Rai ini juga diuar-uarkan sebagai filem sekuel Kuch Kuch Hota Hai namun belum mendapat kepastian sepenuhnya dari pihak pengarah.
Kajol pada satu temuramah dengan portal Deccanchronicle.com berkata pengggambarannya dengan SRK hanya 30 minit tetapi amat gembira dapat berkerjasama dengan hero itu.
“Ia selalunya memuaskan bekerja dengan seorang hero yang sangat menakjubkan. Dia selalu memberi 300% dalam apa yang dilakukan,” kata Kajol.
Dia akui perhubungan mereka seperti biasa terjalin dengan baik dalam filem sekaligus membawa kenangan dalam filem Kuch Kuch Hota Hai.
Filem itu akan turut dibintangi Katrina Kaif dan Anushka Sharma dalam watak utama.
Kajol mula berpasangan buat kali pertama dengan Baadshah of Bollywood itu pada 2015 menerusi filem Dilwale manakala filem pertama Rani Mukharjee bersama SRK adalah Kuch Kuch Hota Hai.