Wanita sogok coklat, duit pada pegawai trafik dibuang negeri

Wanita sogok coklat, duit pada pegawai trafik dibuang negeri

Wanita itu dikatakan gagal dalam 7 ujian memandu sebelum ini mengambil keputusan merasuah pegawai trafik wanita untuk meluluskan lesen memandunya.

saudi-drive-r
fmt-ohsem-inside-article1Arab Saudi baru sahaja tampil dengan undang-undang yang lebih liberal terhadap wanita, khususnya membenarkan mereka memandu tanpa pengawasan lelaki, tetapi nampaknya sudah ada salah laku yang direkodkan.

Menurut laporan Khaleej Times, seorang wanita Arab dijatuhi hukuman penjara 6 bulan dan denda 5,000 dirham selepas cuba menyogok seorang pegawai awam wanita dari jabatan trafik dan perlesenan, Polis Sharjah.

Tambah laporan itu lagi, wanita yang didakwa menawarkan coklat dan 500 dirham kepada pegawai awam itu juga akan dibuang negeri selepas menjalani tempoh penjara.

Wanita itu dikatakan gagal dalam 7 ujian memandu sebelum ini, mengambil keputusan untuk merasuah pegawai trafik wanita bagi membantunya melepasi halangan terakhir serta lulus lesen memandu.

Bagaimanapun pegawai wanita itu enggan menerimanya dan segera melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

“Saya tidak boleh membuat apa-apa yang melanggar etika kerja saya. Jadi saya harus melaporkan kejadian ini,” kata pegawai trafik wanita itu.

Ekoran aduan itu, wanita tersebut diheret ke mahkamah dan didakwa dengan kesalahan memberi rasuah.

Wanita itu dihukum di bawah Akta 237 dan 238 Kanun Jenayah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.