Filipina negara paling lama layari laman lucah

Filipina negara paling lama layari laman lucah

Rakyat Filipina mendahului purata masa yang dihabiskan di laman web porno global iaitu 9 minit dan 59 saat.

pornhub-list
fmt-ohsem-inside-article1Filipina menjadi juara bagi negara yang menghabiskan masa purata paling lama melayari laman lucah, sekitar 13 minit dan 9 saat.

Kedudukan global itu dikeluarkan laman Pornhub pada 9 Januari lepas mengambil kira kepenggunaan data sepanjang 2017.

Menurut laporan itu, rakyat Filipina mendahului purata masa yang dihabiskan di laman web porno global iaitu 9 minit dan 59 saat.

Filipina juga menunjukkan peningkatan dari tahun lepas yang merekodkan masa 12 minit dan 45 saat, petik laporan berita agensi.

Kategori purata masa paling lama dihabiskan melayari laman porno diikuti pengguna dari Afrika Selatan, Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Argentina sekitar lebih 10 minit.

AS bagaimanapun kekal menjadi negara dengan trafik pengguna paling ramai diikuti United Kingdom, India, Jepun dan Kanada.

Secara keseluruhan 2017 dikatakan tahun yang besar bagi laman porno selepas mengumpulkan lebih 24.7 bilion pencarian dan 28.5 bilion pelayaran dan secara purata pengguna global melayarinya lebih 81 juta kali sehari.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.