Manusia boleh belajar buat ubat daripada orang utan

Manusia boleh belajar buat ubat daripada orang utan

Tumbuh-tumbuhan itu dikesan di Hutan Sabangau, Kalimantan Tengah, Borneo Indonesia.

orang-utan
fmt-ohsem-inside-article1Satu rakaman video mendedahkan pengetahuan dan kemampuan orang utan mengenai ubat-ubatan berdasarkan tumbuh-tumbuhan di hutan yang mungkin tidak diketahui manusia.

Rutin kera besar itu difilemkan oleh penyelidik dari Yayasan Alam Borneo sejak 2003 dengan mengumpul lebih 20,000 jam rakaman.

Orang utan dalam footage rakaman berkenaan didapati mengunyah sejenis tumbuh-tumbuhan yang kemudiannya dikeluarkan semula untuk digunakan sebagai penggosok pada anggota badan mereka yang sakit.

Menariknya, tumbuhan yang sama didapati digunakan oleh penduduk manusia pribumi hutan.

Kejadian itu menarik perhatian para saintis untuk menyiasat secara lanjut manfaat perubatan tumbuh-tumbuhan yang dapat digunakan oleh manusia.

Tumbuh-tumbuhan itu dikesan di Hutan Sabangau, Kalimantan Tengah, Borneo Indonesia.

Rakaman itu menunjukkan orang utan mengunyah daun sehingga hancur, mengeluarkannya semula dan menggosoknya di atas lengan dan kaki mereka selama 15 hingga 45 minit.

Tiada daun yang ditelan, baki pulpa yang dikunyah diludah bersih.

Ujian pada tumbuhan tersebut mendedahkan ia adalah spesis bernama Dracaena cantleyi, yang digunakan untuk merawat sakit oleh penduduk pribumi.

Kertas penyelidikan laporan saintifik orang utan sebelum ini gagal menemui perbuatan haiwan ini menggunakan tumbuhan tersebut sebagai ubat gosok.

Yayasan Alam Borneo bekerjasama dengan pasukan saintis antarabangsa untuk menganalisis sifat-sifat tumbuhan tersebut.

Dr Helen Morrogh-Bernard dari University of Exeter yang juga Pengarah Bersama Borneo Nature Foundation serta pengarang utama laporan The Scientific Report, mengakui ia sebagai berita yang sangat menarik.

“Ia mengesahkan pembuatan ubat-ubatan sendiri dalam kalangan orang utan, dan untuk pertama kalinya, pengetahuan kita terhadap aplikasi luar agen anti-radang pada haiwan.”

Manakala, Dr Ivona Foitova, dari Universiti Masaryk di Republik Czech berkata, “Analisis makmal farmakologi mendedahkan ekstrak daun Dracaena cantleyi itu mempunyai sifat anti-radang.”

Gorila, chipanzee dan bonobos sebelum ini dirakam menelan jus pahit daun untuk mengawal jangkitan parasit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.