
Kumpulan lagenda popular Indonesia, Sheila On 7 bakal membuat kemunculan semula menerusi konsert yang akan berlangsung di Kuala Lumpur.Selepas muncul semasa konsert pada Mac 2016, Duta, Eros, Adam, dan Brian akan kembali dalam sebuah konsert khas buat semua peminat Malaysia 10 Februari 2018 (Sabtu) di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur.
Konsert Sheila On 7 – Live in Kuala Lumpur 2018 dijadual berlangsung selama 2 setengah jam pada pukul 8.30 malam sememangnya tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat mereka.
Kumpulan “indie” ini bergerak sendiri tanpa bernaung dengan mana-mana label, aktif mengadakan persembahan meskipun nama mereka kurang popular seperti dahulu.
Namun ahli kumpulan ini percaya pengaruh mereka masih kuat bukan sahaja dalam kalangan pencinta muzik Indonesia malah Malaysia apatah lagi mereka mengikut lagu-lagu mereka sejak ia ditubuhkan 20 tahun lalu.

Sheila on 7 merupakan salah satu daripada kumpulan muzik popular Indonesia yang ditubuhkan Mei 1996 di Yogyakarta.
Kumpulan muzik yang terdiri daripada Duta (Akhdiyat Duta Modjo, vokal), Eross (Eross Candra, pemain gitar), Adam(Adam Muhammad Subarkah, pemain bes) dan Brian (Brian Kresna Putro, dram) ini pada awalnya bernama “Sheila”.
Konsert Sheila On 7 – Live in Kuala Lumpur 2018 diadakan bertujuan untuk meraikan sokongan besar peminat setia Malaysia dan sekitar rantau ini.
Tiket dijual pada harga RM315 (Meet & Greet), RM215 (Diamond), RM165 (Platinum), RM125 (Gold) dan RM85 (Silver).
Tiket sudah pun mula dijual sejak 21 Disember yang lalu di www.myticket.asia.
Peminat setia Sheila On 7 juga diberi peluang bertemu mereka menerusi pembelian tiket Meet & Greet di samping akan dihadiahkan dengan barangan percuma.
Konsert ini juga disokong oleh HOT FM & KOOL FM stesen radio rasmi dan Rentak Sejuta sebagai rakan media.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03 8605 0195/0122560082 atau layariww.shirazprojects.com.
Sheila On 7 – Live in Kuala Lumpur 2018 dianjurkan oleh No Fear Sdn Bhd & Shiraz Projects Sdn Bhd.