
Apakah risiko dan cabaran yang sanggup anda hadapi demi mencapai cita-cita? Kalau ia masih pada tahap tidak memberangsangkan, anda mungkin kena ambil inspirasi daripada kanak-kanak tahun 3 dari wilayah Yunan di China.Demi menduduki peperiksaan dan menjalani hidup sehari-harian, kanak-kanak lelaki daripada sebuah perkampuangan di pedalaman China bukan sahaja sanggup meredah perjalanan berjalan kaki selama sejam malah terpaksa membiarkan dirinya membeku.
Kanak-kanak itu berjalan 4.5 km setiap hari ke sekolahnya di Shaotong, wilayah Yunnan dan pada hari gambarnya dirakam, dia menghadapi peperiksaan di sekolahnya.
Ketika dalam perjalanan, cuaca sejuk sehingga -9 darjah Celcius menyebabkan rambut dan keningnya mengeras seperti titisan air membeku.
Gambarnya yang hanya berpakaian nipis itu viral di media sosial dan menyentuh hati jutaan netizen yang terharu dengan komitmen kanak-kanak itu.
Menurut laporan agensi, kanak-kanak itu tinggal bersama datuk dan neneknya serta adik beradiknya yang lain kerana kedua ibu bapanya bekerja di bandar.
Guru besar sekolah itu, Fu berkata, kanak-kanak itu merupakan pelajar pintar yang sering mendapat markah tinggi dalam peperiksaan, khususnya matematik.
Sedar kesukaran yang dihadapi kanak-kanak itu dan lain, beliau juga kesal sekolah itu tidak dapat menyediakan alat pemanas di bilik darjah.
“Saya terkejut dia datang ke sekolah berambut beku. Tetapi dia tetap kelihatan comel. Dia juga membuat muka kelakar di depan rakannya sebaik memasuki kelas,” kata Fu.