
Wanita sentiasa dalam dilema memilih pakaian paling sesuai dengan diri mereka, walaupun sekadar mahu memilih sepasang seluar jeans, pakaian yang dilabel sebagai paling kasual di dunia.Masalah ini berlaku kerana wanita bukan sahaja peka dengan fesyen tetapi mahu bergaya mengikut bentuk badan. Bentuk badan wanita dikategorikan dalam pelbagai jenis iaitu, langsing atau hourglass, gempal atau bulat, berbentuk pir, epal, bersegi dan bermacam-macam lagi.

FMT Ohsem memetik beberapa panduan, tips dan helah dari thejeansblog yang boleh membantu memilih potongan seluar jeans yang terbaik buat tubuh anda. Tetapi sebelum itu, pastikan anda ketahui kategori tubuh badan anda dahulu!
Tubuh Pir dan bersegi 3
Bentuk ini mempunyai lebih lengkungan di bahagian pinggang dan punggung, manakala bahagian atas badan lebih kecil. Ia menjadikan anda sukar memilih jeans yang padan sebaiknya dengan tubuh yang tidak sekata. Dalam hal ini, anda kena beri perhatian yang lebih kepada bahagian punggung, macam Beyonce!
Pilihan:
– Potongan but atau potongan lebar
Ia membantu anda menyeimbangkan punggung dan fabrik tambahan pada bahagian kaki supaya bentuk kaki lebih cantik.
– Kaki jeans yang panjang
Ini bermakna anda kena pakai kasut tumit tinggi dibawah huraian seluar potongan but anda. Ia akan memberi pandangan kaki anda panjang dan langsing.
– Potongan pinggang atas
Lazimnya untuk mereka yang berpunggung besar, eloklah pilih seluar potongan pinggang atas (high hip) supaya menutup segala lemak yang tidak mahu dilihat orang.
– Pinggang kecil
Memang sukar mencari jeans dengan potongan pinggang kecil dan punggung besar tetapi anda boleh carinya di kedai jenama premium.
– Regang, poket besar
Pilih seluar dengan poket besar untuk menyerlahkan aset dan jeans regang yang mendakap tubuh anda secara lebih sempurna dan memberi penampilan lebih seksi.
– Pakai but
Ini bukan pasal jeans tetapi kasut but boleh menjadikan pemakaian jeans lebih bergaya. Kalau pilih potongan langsing, pakailah sepasang kasut but bersamanya.
‘Hourglass’ atau lengkung seimbang
Bertuahlah dapat tubuh badan ‘hourglass’ kerana anda kelihatan baik dalam hampir apa sahaja potongan seluar jeans. Bagaimanapun, kami tetap ada tips untuk anda.
Pilihan:
– Jeans ‘skinny’
Ini adalah pilihan jeans yang paling menarik untuk tubuh badan anda.
– Potongan pinggang atas
Potongan ini sangat sesuai kerana memberi ilusi anda memiliki pinggang dan bahagian tengah yang lebih kecil dan langsing.
– Tidak terlalu kembang
Kalau pilih seluar jean yang kembang atau longgar, pilih potongan yang tidak terlalu lebar pada kaki.
Bulat atau epal
Bagi mereka yang mempunyai lemak sekitar perut, cabaran memilih jean lebih sukar. Memilih seluar yang selesa dalam masa sama mencantikkan bahagian tubuh memerlukan lebih banyak perhatian dan masa. Apa pun bentuk badan anda, pilihlah untuk menggayakannya kerana kami juga ada tips untuk anda.
Pilihan:
– Jeans ‘skinny’
Ya, skinny jeans kelihatan hebat pada anda apatah lagi jika digayakan dengan baju yang sesuai. Pilih fabrik jeans premium yang membantu menyembunyikan segala lemak anda.
– Potongan pinggang
Kalau anda mahu sembunyikan perut menggeleber, pilih potongan atas pinggang. Manakala jika anda jenis ‘epal’ kecil, pilih potongan bawah pinggang untuk menyerlahkan lengkungan tubuh.
– Jeans ‘trouser’
Ia adalah jenis jeans dengan potongan kaki lebar. Ia akan membantu menyeimbangkan potongan badan sebaik mungkin.
Bersegi empat tepat dan maskulin
Bagi mereka bertubuh seperti supermodel, kaki yang panjang, tinggi, pinggang yang tegap, anda juga berdepan kesukaran mencari seluar jeans yang sesuai. Sebenarnya anda mempunyai banyak pilihan.
Pilihan:
– ‘In-seams’
Kalau mahu kelihatan segak, potongan ‘in-seams’ pilihan terbaik kerana anda akan kelihatan sempurna. Kalau mahu bergaya, pilih potongan but atau langsing supaya kelihatan feminin.
– Jeans ‘skinny’
Ia menampakkan tubuh badan anda secantik yang mungkin. Pastikan anda pilih potongan yang memberi keutamaan kepada bahagian punggung dan paha.
– Tidak terlalu kembang
Lebih kembang, anda akan hilang gaya feminin. Pilih seluar jeans kembang mengikut potongan kaki.
– Jeans ‘teman lelaki’
Maknanya anda boleh guna atau pinjam seluar ‘jeans’ teman lelaki anda selagi ia mempunyai potongan ketat!
Segi 4 dan tubuh atlet
Jika and seorang yang rajin bersenam atau terlibat dalam sukan tertentu, anda juga ada beberapa pilihan seluar jeans yang sesuai dengan tubuh. Anda tak perlu cari jeans di bahagian lelaki lagi!
Pilihan:
– Denim regang
Penting untuk pilih denim yang tebal dan regang supaya selesa dengan badan berotot anda.
-Kaki lebar
Pilihan jeans berkaki lebar tidak akan nampak kekok dengan tubuh anda.
– Pinggang lurus ketat
Ia selesa dan sesuai dengan pinggang bersegi anda.